Unit Perolehan & Aset

 KETUA JABATAN

Nordiana binti Rijaluddin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5356

 

PENGENALAN

Merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan HSDG yang menguruskan hal ehwal berkaitan urusan perolehan perkhidmatan, bekalan dan peralatan hospital yang dilaksanakan secara perolehan pembelian terus, sebutharga atau tender.

Unit ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan aset alih kerajaan yang berkaitan dengan urusan penerimaan, pendaftaran, peminjaman, pemeriksaan serta pelupusan aset alih kerajaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 iaitu Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA).

 

Perkhidmatan Yang Disediakan
 
  • Menjalankan Sebutharga Secara E-Perolehan Serta E-Bidding (Sebutharga Atas Talian)
  • Menguruskan Pendaftaran, Pengurusan dan Pemeriksaan Aset Di Dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA)
  • Menguruskan pendaftaran semua pembelian di dalam system Government Procurement Information System (GPIS)
 
 Unit Perolehan & Aset beroperasi setiap hari pada waktu
 pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
 
 

Objektif

 

Visi

Untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Yang Cemerlang sebagai komplemen kepada keperluan jabatan dan unit dibawahnya serta pihak yang berkenaan yang terlibat

Misi

Bahagian Kewangan, Perolehan dan Aset Adalah Komited Untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Yang Terbaik dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan, akauntabiliti dan integriti Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset di Hospital Serdang

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan semua sebutharga dalam jangka masa 7 hari selepas notis sebutharga ditutup.
  • Menjalankan pemeriksaan aset alih kerajaan pada setiap suku tahun bagi memastikan pencapaian pemerikasaan aset mencapai pemeriksaan 100% pada akhir tahun.
  • Memastikan setiap sebutharga yang dilakukan adalah secara telus tanpa sebarang unsur rasuah dengan mengamalkan pelaksanaan integriti pact.
  • Menguruskan sebutharga secara atas talian sekurang-kurangnya 5 buah sebutharga di dalam setahun.
  • Menguruskan sebutharga secara bidaan sekurang-kurangnya 2 buah sebutharga di dalam setahun.

 

  • Last Modified: 05 December 2023.