KETUA JABATAN Dr. Saraiza Binti Abu Bakar |
PENGENALAN Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu di antara jabatan-jabatan di Hospital Serdang yang merupakan hospital terbesar di kawasan ini. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak serta yang berkaitan. Ia terletak di Aras 3 di kawasan klinik pakar di sebelah timur (east wing) bangunan hospital. Perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak merangkumi rawatan kecemasan dan trauma yang melibatkan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang diberikan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit serta rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung dan Tekak Kami memberi khidmat rawatan berkenaan kepada penduduk di sekitar Serdang, Putrajaya, Sepang, Bangi, Kajang, Puchong dan sekitarnya. Kakitangan jabatan ini terdiri daripada Pakar Otorinolaringologi, Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran), Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat serta Atendan Kesihatan. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak kepada pesakit-pesakit. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang terkini berdasarkan:
|
Jabatan Otorinolaringologi (ORL) menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit di dalam wad. Khidmat Pesakit Luar
Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Otorinolaringologi (ORL) terdiri daripada wad lelaki dan perempuan kelas 1, kelas 2 dan kelas 3. Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan pembedahan jika diperlukan untuk kes elektif dan kes kecemasan. Tahun 2021
Tahun 2022
|
|