Sekolah Dalam Hospital

Pengenalan

Penubuhan "Sekolah Dalam Hospital" di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY)

Penubuhan SDH

  • Selaras dengan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO iaitu 'Education For All' dan pendidikan berterusan.
  • Boleh diakses oleh semua kanak-kanak dan remaja umur persekolahan tanpa mengira keadaan dan tempat termasuk murid yang menerima rawatan di wad hospital.
  • Diamalkan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia.
  • Di Malaysia, KKM dengan kerjasama badan sukarelawan secara tidak formal
  • Telah memulakan inisiatif seumpama ini sejak awal tahun 1990an.

Model SDH

  • Laporan lawatan ke Sydney, Australia dan kertas cadangan penubuhan SDH telah dibentang dan diterima dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Hati Nurani, Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.
  • Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital (SDH)" telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Projek Khas Hati Nurani bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
  • Model SDH Malaysia berpandukan kepada model SDH Australia yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia.

Program SDH

  • Satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal & berstruktur.
  • Berfokuskan kepada kesediaan & keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
  • Didik Hibur & Fleksibel.
  • Guru sebagai pemudahcara.
  • Pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.

Konsep Pelaksanaan

Sukatan Pelajaran
Berteraskan kurikulum Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia sedia ada dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Prosedur PDP di SDH Serdang

  • Kaedah Kemasukan Murid
    • Terima senarai nama bercetak komputer dari pihak hospital (intranet)
      • Keperluan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk kemasukan ke SDH ( Diperolehi sewaktu pendaftaran masuk wad)
      • Kebanyakan murid SDH berusia 4-12 tahun dari wad Pediatrik dan selebihnya murid sekolah menengah (usia 13- 18 tahun ) dari wad Pembedahan, Kardiologi, Nefrologi, Medical, Ortopedik.
    • Taklimat Persediaan Pengajaran oleh Penyelia
      • Pembahagian murid untuk diajar oleh guru-guru (kelas dan wad)
      • Taklimat pengurusan pentadbiran dan kurikulum
    • Guru Membuat Persediaan Mengajar
    • Guru merangka dan mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan murid yang akan diajar.
    • Guru Bergerak Ke Lokasi Pengajaran
    • Kelas Sekolah Menengah, Kelas Sekolah Rendah dan Wad.

 

  • Last Modified: 18 May 2023.