Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Portal Rasmi Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Sultan Idris Shah Serdang bagi pengunjung laman ini. Dalam pada masa yang sama, portal rasmi ini juga dapat membantu orang awam untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang terkini mengenai kempen penjagaan kesihatan yang di tawarkan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Langkah ini selaras dengan ungkapan “KAMI SEDIA MEMBANTU” yang jelas menunjukkan usaha berterusan Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk membantu orang awam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan kendiri.
Harapan saya semoga segala informasi dan maklumat yang ada di dalam portal ini dapat membantu memberi manfaat kepada semua.
Pihak Hospital Sultan Idris Shah Serdang amat komited untuk mengemaskini maklumat dan kandungan portal rasmi hospital dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
![]() |
DR. HJ. AMIN SAH BIN HJ. AHMAD
|