KETUA JABATAN Dr. Sharifah Munirah Al-Idrus Binti Syed Jaafar |
PENGENALAN Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Serdang terletak di aras 2 Klinik Pakar, Hospital Serdang. Matlamat Jabatan ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit mulut, rawatan pembedahan dan juga rehabilitasi kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut, maksilofasial dan pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan dengan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial dari semua hospital/klinik kerajaan mahupun swasta dengan keutamaan kepada penduduk dari daerah Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Jabatan ini mula dibuka dan menerima pesakit pada 8 Disember 2005. Jabatan ini menjalankan fungsi utamanya melalui perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar, pesakit dalam (Wad 6A & 8B), rawatan pembedahan, rawatan kecemasan dan klinik gabungan. Klinik Bedah Mulut mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:
Klinik Bedah Mulut juga ada menempatkan 1 unit kerusi pergigian di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dan 1 unit di Wad 6A (wad bersama Jabatan ENT & Optalmologi) Jabatan Pembedahan Mulut juga mengambil bahagian secara aktif serta menitik beratkan aktiviti-aktiviti kualiti seperti QA, KPI, NIA, PSI, serta mengadakan CME (Continuing Medical Education) dan CDE (Continuing Dental Education) untuk pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Jabatan ini juga menjalankan latihan untuk pelatih pembantu pembedahan pergigian, pegawai pergigian tahun pertama dan pergawai pergigian sarjana tahun akhir dalam bidang kepakaran pembedahan mulut & maksilofasial. |
Perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini adalah seperti berikut:
|
|