Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental

 KETUA JABATAN

Dr. Elinda Binti Tunan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1554

 

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Serdang telah dimulakan sejak penghujung tahun 2008.Rasional diadakan perkhidmatan psikiatri di semua hospital dengan pakar adalah untuk memberi penekanan bahawa penyakit-penyakit psikiatri ialah suatu penyakit biologikal di mana disiplin psikiatri merupakan salah satu disiplin perubatan. Dengan itu,stigma terhadap penghidap penyakit mental dapat dikurangkan dan individu yang menghadapi masalah psikiatri tidak bertangguh dan melewatkan rawatan.
Tambahan pula, didapati empat daripada senarai sepuluh penyakit teratas dalam “Global Burden of Disease” yang dikemukakan oleh World Health Report 2001 adalah penyakit mental : iaitu Kemurungan, Schizofrenia, Bipolar Affective Disorder dan Penagihan Dadah serta Alkohol.


Jabatan ini sentiasa berazam memberi sumbangan dalam membendung fenomena ini. Hospital Serdang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan yang bertarikh 3 Mac 2011 mengikut Akta Kesihatan Mental 2001.


Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan psikiatri dijalankan oleh seorang Pakar Psikiatri sahaja dengan bantuan gunasama daripada kakitangan Klinik Perubatan. Pada Mac 2010, perkhidmatan psikiatri diperkembangkan lagi dengan bantuan seorang pegawai perubatan. Jabatan ini semakin berkembang di mana sekarang di jalankan oleh 3 orang Pakar Psikiatri dan 4 orang Pegawai Perubatan. Terdapat tiga orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang ditugaskan bagi melancarkan perjalanan perkhidmatan ini.

 

Perkhidmatan Klinikal

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam (kemasukan sukarela dimasukkan ke wad perubatan)
  • Perkhidmatan Psikiatri Liason (Rujukan dari Wad dan A&E HSDG)
  • Perkhidmatan Klinik Lawatan (Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan Klinik Kesihatan Puchong)

Latihan, Penyelidikan dan Pengurusan Statistik

  • Mengendalikan Latihan
  • Menghadiri Latihan dalam Pekerjaan
  • Menjalankan Penyelidikan
  • Mengendalikan Statistik      

Pentadbiran

  • Orientasi Pegawai Baru
  • Edaran maklumat di Jabatan
  • Mengendalikan Lembaga Perubatan atau PERKESO
 

Objektif

 

Visi

Melahirkan satu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial di selatan Selangor

Misi

Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi  serta sesuai bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Piagam Pelanggan

  1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan pesakit luar psikiatri yang mesra dan professional
  2. Setiap pelanggan akan dipastikan menerima tatacara rawatan yang selamat dan mengikut protocol klinikal yang kemaskini.
  3. Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa tidak lebih dari 90 minit
  4. Kerahsiaan maklumat setiap pelanggan sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik

 

  • Last Modified: 05 December 2023.