Unit Hal Ehwal Islam

 KETUA JABATAN

 Mohammad Hafiz Bin Bakren
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1431/1433

 

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Serdang. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan S32, kader daripada Jabatan KemajuanIslam Malaysia (JAKIM).


Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.

 

 

 

 

•  Ziarah pesakit di wad
•  Bimbingan wuduk, tayammum dan solat kepada pesakit 
    dan waris
•  Bimbingan azan dan iqamah bayi
•  Khidmat nasihat dan rundingcara hukum Islam
•  Pengumuman waktu solat
•  Bacaan doa pagi
•  Penyeliaan pengurusan jenazah Islam

 

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan wargakerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.

2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni dikalangan wargakerja semasa bertugas.

3. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.

4. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.

5. Melahirkan wargakerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit 

Visi

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan hal ehwal Islam ke arah melahirkan wargakerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

Misi

Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua wargakerja dan pesakit.

Piagam Pelanggan 

1. Tanggungjawab kepada hospital.

  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
  • Sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama

2. Perkhidmatan kepada wargakerja hospital

  • Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
  • Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada wargakerja hospital.

3. Perkhidmatan kepada pesakit dan waris.

  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.

 

  • Last Modified: 18 May 2023.