Unit Keselamatan

 Ketua Jabatan

Khairunnisak Binti Hamid
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1363

 

PENGENALAN

Unit Keselamatan merupakan satu unit dibawah Bahagian Pengurusan Hospital Serdang yang menguruskan segala hal ehwal keselamatan Hospital Serdang. Unit ini mula beroperasi pertengahan Bulan Oktober 2008.

 

  • Membantu dalam menguruskan prosidur dan pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di jabatan serta memastikan ianya dalam keadaan terurus, betul dan teratur.
  • Membantu memastikan syarikat Kawalan Keselamatan Swasta (jika ada) melaksanakan tugas-tugas dan prosidur yang telah dipersetujui, memantau sebarang                    perlanggaran kontrak, memperuntukan anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi/post keselamatan yang perlu diawasi.
  • Menyelia dan menjalankan pemeriksaan keselamatan keatas premis jabatan, membuat laporan, mencadangkan syor- syor dan input-input berkaitan penambahbaikan,         keselamatan dan membantu memastikan peraturan keselamatan fizikal, dokumen serta peribadi dipatuhi dan dilaksanakan di jabatan.
  • Membantu mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan jabatan.
  • Membantu mengkaji peraturan-peraturan keselamatan yang sediada, mengemaskini dan mengatur peraturan-peraturna baru (jika perlu) serta melaksanakannya dengan       persetujuan pihak pengurusan jabatan.
  • Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Membantu mengesyorkan tindakan yang sepatutnya bagi perbuatan-perbuatan pelanggaran keselamatan dan melaporkan kepada pengurusan jabatan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
  • Menyelaras sebarang urusan-urusan berkaitan keselamatan dengan pegawai keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengarah                   Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain berkaitan.
  • Membantu menguruskan hal-hal berkaitan personel keselamatan (jika ada) dan menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan.
 

Objektif

 

Visi

Memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik dakam semua bidang pengurusan kearah merialisasikan visi Hospital Serdang.

Misi

Bahagian Pengurusan Hospital Serdang berusaha memberikan Khidmat Sokongan yang berkualiti supaya semua program di Hospital Serdang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Piagam Pelanggan

 Unit Keselamatan akan memberikan perkhidmatan keselamatan, perlindungan kepada semua anggota Hospital Serdang. Unit Keselamatan juga akan membantu Hospital Serdang menangani segala bentuk ancaman.

 

  • Last Modified: 18 May 2023.