Jabatan Forensik

KETUA JABATAN

Dr. Khairul Anuar bin Zainun
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5335

 

PENGENALAN

Menyediakan perkhidmatan kepakaran forensik yang cekap, cemerlang dan dinamik.

 

Farmasi Pesakit Dalam

Perkhidmatan Forensik merangkumi bidang Perubatan Forensik dan Sains Forensik. Bidang Sains Forensik pada masa ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala bidang Perubatan Forensik pula dikendalikan oleh Pakar-Pakar Perubatan Patologi Forensik di bawah Jabatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Bidang Perubatan Forensik dibahagikan kepada 4 pengkhususan iaitu:

  • Patologi Forensik - Melibatkan pemeriksaan mayat bagi kes-kes polis.
  • Forensik Klinikal - Melibatkan pemeriksaan perubatan mangsa/ suspek yang terlibat dalam kes polis yang masih hidup.
  • Amalan Medikolegal - Menyentuh aspek-aspek perundangan dan etika perubatan.
  • Latihan - Menjadi tempat pelajar IPT / IPTS, latihan lanjutan perubatan dan kakitangan hospital untuk melakukan latihan dan amali.

     Perkhidmatan yang disediakan:

  • Penerimaan mayat dari dalam hospital
  • Penerimaan mayat dari luar hospital bagi kes medikolegal
  • Penyimpanan mayat untuk kes dalaman
  • Pengendalian bedahsiasat
  • Pengendalian spesimen
  • Penyerahan mayat
  • Pengurusan mayat yang tidak dituntut
  • Pengendalian mayat berisiko tinggi (Biohazard)
  • Pengendalian pengambilan organ/ tisu
  • Penerimaan mayat dari hospital lain
 

Objektif

 

Visi

Menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan perubatan forensik dengan memberikan perkhidmatan forensik & perundingan yang cepat, tepat dan cekap. Berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti, perkongsian pintar dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Misi

  • Jabatan perubatan forensik akan menyediakan perkhidmatan kepakaran forensik yang cekap, cemerlang dan dinamik seiring dengan penggunaan dan kemudahan teknologi terkini.
  • Melahirkan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keputusan pelanggan serta berteraskan budaya kerja berkualiti, bekerja secara berpasukan & profesionalisma.

Piagam Pelanggan

 

  • Anda adalah pelanggan kami:
    • Pihak pengurusan hospital
    • Polis di raja malaysia
    • Waris
    • Hospital
    • Institut pengajian tinggi awam / swasta
    • Jabatan kehakiman
    • Kedutaan dan suruhanjaya tinggi asing
    • Jabatan kebajikan masyarakat
    • Pertubuhan bukan kerajaan
    • Agensi-agensi kerajaan & bukan kerajaan
  • Anda akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan & prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Segala maklumat dalam laporan bedah siasat akan dikendalikan dengan penuh rahsia dan sulit.
  • Memberi perkhidmatan 24 jam bagi urusan penerimaan mayat. Permohonan dan temujanji perlu dilakukan bagi urusan penyerahan mayat.
  • Kewajipan pelanggan
    • Untuk memastikan jabatan ini melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
      • Mematuhi semua prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
      • Bersikap profesional, hormat dan bersopan santun semasa berurusan di jabatan ini

Menggunakan segala kemudahan di jabatan ini dengan penuh tanggungjawab

 

  • Last Modified: 18 May 2023.