Latar Belakang Pergigian
Kepakaran Pergigian Pediatrik adalah salah satu kepakaran dalam bidang pergigian yang di tempatkan di hospital- hospital utama di Malaysia. Jabatan Pergigian Pediatrik telah bertapak di Hospital Selayang mulai Disember 2008 bila seorang Pakar Pergigian di tempatkan secara tetap di hospital ini.
Jabatan Pergigian Pediatrik ini telah di ikhtiraf sebagai Jabatan yang berasingan dari Jabatan Bedah Mulut sebagaimana surat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil (50) dlm KKM.60(11)/2 Jld 1 bertarikh 16 April 2010. Pengasingan ini merangkumi pengurusan sumber fizikal (peralatan, bahan, fasiliti), pengurusan modal insan, kewangan dan data. Walau bagaimanapun sejak Jabatan Pergigian Pediatrik ini di mulakan di hospital ini, jabatan ini telah menggunakan dan berkongsi fasiliti Jabatan Oral & Maksilofasial (OMFS) yang telah beroperasi sejak tahun 2000. Semuga di masa akan datang Jabatan ini dapat mempunyai fasilitinya sendiri untuk kebaikan jabatan ini dan juga Jabatan OMFS.