Anestesiologi
Latar Belakang
Semenjak tertubuhnya Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi di Hospital Selayang lebih dari sedekad yang lalu, ia telah mengalami pelbagai penstrukturan dan penambahbaikan sejajar dengan tuntutan dan perkembangan semasa perkhidmatannya. Kerjasama dan pemantauan yang berterusan ini bertujuan untuk memastikan skop dan mutu perkhidmatan berkembang seiring dengan kemajuan teknik teknik pembedahan terkini.
Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan Dr S.Sushila C.Sivasubramaniam dan dibantu oleh Pakar-Pakar Perunding Kanan Dr Haslinda binti Abd Hashim, Dr Norliza binti Mohd Nor dan Dr Laila Kamaliah binti Kamalul Bahrin. Ia diperkukuhkan lagi dengan 15 orang Pakar Anestesia, 41 orang Pegawai Perubatan serta 7 Penolong Pegawai Perubatan dan 13 orang Jururawat Anestesia (GOT) dan 29 orang (MOT). Tenaga kerja di Unit Rawatan Rapi pula mempunyai kekuatan staff seramai 103 orang termasuklah seorang Penyelia Jururawat, 5 Ketua Jururawat, 92 orang jururawat terlatih , Pembantu Perawatan Kesihatan 5 orang. Unit Acute Pain Service 1 orang Ketua Jururawat dan 2 orang Jururawat Terlatih. Obstetrics analgesic servive (OAS) pula diterajui oleh seorang jururawat terlatih.