Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Shah Alam (HSAS).
Bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya HSAS telah berjaya mengorak langkah setapak lagi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan terbinanya laman web yang tersendiri.
Laman web ini merupakan satu wadah untuk mendekati masyarakat dengan hospital melalui alam maya. Justeru HSAS mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi masa kini supaya berada pada tahap maksimum yang secara langsung akan dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat khususnya di Shah Alam dan secara umumnya diseluruh pelusuk dunia.
Dengan usia HSAS yang baru, laman web ini diharap agar menjadi titik pengenalan pengunjung untuk mengenali HSAS dengan lebih mudah dan mesra. Sejajar dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Kami Sedia Membantu, HSAS amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan. Pengwujudan laman web ini diharap akan memudahkan masyarakat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai profil, visi, misi, fungsi serta objektif HSAS, perkhidmatan yang di tawarkan serta aktiviti yang dijalankan diperingkat hospital khususnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara amnya.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga HSAS yang telah terlibat dengan pembinaan laman web ini khususnya Bahagian Teknologi Maklumat Hospital Shah Alam dan juga individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Saya juga mengalu-alukan dan berbesar hati untuk menerima sebarang maklumbalas daripada orang ramai serta juga komen yang konstruktif kepada laman web ini untuk tujuan penambahbaikan yang berterusan ke arah melahirkan satu informasi yang terkini dan bermanafaat untuk semua lapisan masyarakat dan meningkatkan keberkesanan HSAS didalam memberikan perkhidmatan.
Sekian Terima Kasih
"PENYAYANG, PROFESIONALISME KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"
Hospital Shah Alam