A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Misi, Visi Dan Piagam Pelanggan

Visi

Menjadi hospital yang cemerlang dalam penyediaan penjagaan perubatan yang berkualiti tinggi, selamat dan efektif

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkualiti tinggi, efektif dan efisyen melalui:

    • Tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin dan beretika
    • Pewujudan sebuah organisasi yang dipacu oleh ilmu pengetahuan, inovasi, integriti dan kebolehpercayaan
    • Pewujudan persekitaran yang mesra pesakit
    • Menjalin kerjasama dengan komuniti setempat dalam mempromosi penjagaan kesihatan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, penyayang dan berkualiti.

  • Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosio-ekonomi.
  • Pendaftaran pesakit di klinik adalah mengikut temujanji berperingkat yang telah diberikan
  • Rawatan akan diberikan mengikut tahap keterukan pesakit
  • Maklumat berkenaan penyakit dan rawatan akan diberikan kepada pelanggan
  • Kerahsian maklumat pelanggan adalah terjamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih and selamat di sediakan

Untuk membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda
  • Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang telah disediakan
  • Mematuhi pelan perawatan yang diberikan
  • Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab

Jika ada masalah sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam melalui talian 03 55263000 atau 03 55264000