PENGENALAN
Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Shah Alam telah diwujudkan sejak Hospital Shah Alam mula beroperasi pada tahun 2016 dan berada di bawah Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal. Unit ini terlibat dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau semua aktiviti yang tertakluk di bawah undang-undang kesihatan awam. Unit ini dianggotai oleh pegawai perubatan, pegawai kesihatan persekitaran dan penolong pegawai kesihatan persekitaran.
OBJEKTIF
- Memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah undang-undang kesihatan awam dan akta-akta lain yang berkaitan.
- Mewujudkan kawalan persekitaran dengan memastikan keadaan tempat kerja dengan persekitaran yang sihat, selamat, bersih serta terkawal daripada punca jangkitan penyakit.
- Melaksanakan promosi yang berkaitan dengan gaya hidup sihat merangkumi semua aspek kesihatan awam.
SKOP PERKHIDMATAN
- Kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (Communicable and Non Communicable Disease)
- Kawalan kesihatan persekitaran
- Penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam seperti Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan akta-akta yang berkaitan
- Focal Point bagi aktiviti-aktiviti program kesihatan awam untuk Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Mengetuai pasukan TB Case Manager
- Urusetia Audit Kematian Penyakit Berjangkit peringkat hospital
- Orientasi berkaitan kesihatan awam dan penyakit berjangkit kepada anggota baru yang berkhidmat di Hospital Shah Alam
- Continuous Medical Education
- Penyelaras National Cancer Registry peringkat hospital
- Klinik Berhenti Merokok di hospital
JADUAL KLINIK BERHENTI MEROKOK
Setiap Selasa, Rabu dan Khamis 2.30 petang - 4.00 petang
Pautan unit: https://linktr.ee/UnitKesihatanAwamHSAS
Tarikh dikemaskini: 15 Mei 2024