A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Dietetik & Sajian

 

1.0 PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) adalah salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Shah Alam. Jabatan ini terletak di aras 1 Zon A, besebelahan dengan Jabatan Forensik dan Unit Kejuruteraan.

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal yang melibatkan penyampaian ‘Medical Nutrition Therapy’ (MNT) dalam membantu perawatan pesakit yang dirujuk.
  1. Perkhidmatan sajian makanan dijalankan secara outsource yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijalankan secara berpusat (centralized).

2.0 OBJEKTIF

Untuk memberikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian Makanan serta dilaksanakan secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.

3.0  PIAGAM PELANGGAN:

  1. Pesakit dalam yang dirujuk kepada Pegawai Dietetik akan diberikan Medical Nutrition Therapy (MNT) dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima.
  1. Makanan yang dihidang kepada pesakit di wad/pelanggan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu:
    • Sarapan Pagi : 7.00 – 8.00 pagi
    • Makan Tengahari: 12.00 tengahari – 1.00 petang
    • Minum Petang : 3.00 – 4.00 petang
    • Makan Malam : 6.30 – 7.30 petang
  1. Setiap pelanggan akan mendapat makanan yang bersih, selamat, sihat dan tepat.

4.0 SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Perkhidmatan Dietetik

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
    1. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
    2. Perkhidmatan Sokongan Pemakanan Enteral (oral / tiub) Pesakit Dalam
    3. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar (Individu / Berkumpulan)
    4. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar secara Multidisiplin
  2. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
  3. Aktiviti peningkatan kualiti

 

Waktu Operasi Perkhidmatan Dietetik

Perkhidmatan Dietetik beroperasi pada setiap hari bekerja kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am seperti berikut:

PESAKIT DALAM

Isnin - Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

 

KLINIK DIETETIK PESAKIT LUAR (INDIVIDU)

Hari

Masa

Selasa

8.00 pagi – 1.00 petang

Rabu

8.00 pagi – 1.00 petang

Klinik Dietetik (berkumpulan) akan diadakan pada hari Jumaat, 10.00 hingga 11.00 pagi (*tertakluk kepada jadual/keperluan)

 

4.2    Perkhidmatan Sajian Makanan

Menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti dengan menggunakan sistem yang bersesuaian bagi menepati keperluan pemakanan pesakit dengan mematuhi panduan dan peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.

Perkhidmatan Sajian Makanan adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad untuk wad diraja, kelas satu, dua, tiga, wad kanak-kanak, ibu menemani anak (MAC) dan termasuk pesakit di pusat rawatan harian, wad pemerhatian dan di unit hemodialisis.
  1. Menyediakan diet kelas satu untuk doktor bertugas atas panggilan (On-Call) dan paramedik bertugas di dewan bedah (OT) mengikut pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
  1. Membekalkan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak dan memerlukan.
  1. Membekalkan produk susu enteral kepada wad berdasarkan pesanan.
  1. Membekalkan makanan untuk kes bencana/wabak penyakit berjangkit yang melibatkan perkhidmatan di HSAS.

 

Waktu Operasi Perkhidmatan Sajian Makanan

Perkhidmatan Sajian Makanan adalah pada setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am seperti berikut:

PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN

Isnin hingga Jumaat

6.30 pagi – 6.30 petang

 

Penolong Pegawai Penyediaan Makanan akan ditugaskan memantau perkhidmatan sajian makanan oleh syarikat outsource secara bergilir pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Tarikh dikemaskini: 11 Jun 2024