A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Bahagian Psikologi & Kaunseling

 

PENGENALAN

Seksyen Psikologi & Kaunseling berada di bawah Bahagian Pengurusan di Hospital Shah Alam, iaitu di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Pengurusan. Pada hujung tahun 2013, seorang Pegawai Psikologi S41 di tempatkan di Hospital Shah Alam, Selangor untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada staf dan pesakit. Manakala pada awal tahun 2014, jawatan Pegawai Psikologi S48 telah diwujudkan di Hospital Shah Alam. Kini seramai 2 orang Pegawai Psikologi telah ditempatkan dibawah seksyen ini. Skop utama perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit ini merangkumi perkhidmatan kaunseling dan perundingan psikologi kepada individu, kelompok, keluarga mahupun perkahwinan kepada penjawat awam dan para pesakit di organisasi ini.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang memberi perkhidmatan profesional yang mengutamakan pelanggan.

OBJEKTIF

a) Meningkatkan kestabilan emosi, mental dan spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
b) Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
c) Menggalakkan celik akal di kalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang mengganggu kehidupan.
d) Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi dan spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat dan mengurangkan stigma terhadap perkhidmatan kaunseling.
e) Melaksanakan program-program pembangunan personel untuk mewujudkan pembangunan kendiri yang positif dalam kalangan pekerja.
f) Melaksanakan penilaian personel untuk memahami personaliti pekerja.

MISI

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ke arah kesejahteraan kesihatan mental dan emosi yang:
a) Responsif dan prihatin kepada pelanggan;
b) Dilaksanakan oleh pegawai psikologi yang terlatih dan profesional;
c) Dilaksanakan melalui intervensi terkini dan berfokuskan pendekatan kemanusian;
d) Mengendalikan penyelidikan mengenai perkhidmatan kaunseling dan psikologi.

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

Pembangunan

Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif individu dan organisasi.

Pencegahan

Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.

Pemulihan

Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.