Perpustakaan Perubatan ini berperanan memberi maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan.
PENGENALAN
Unit Perpustakaan Hospital Shah Alam merupakan Perpustakaan Khusus yang diletakan di bawah jabatan Pengurusan Hospital Shah Alam. Ia memberi perkhidmatan kepada semua kakitangan, paramedik dan pelajar praktikal pelbagai kategori di Lembah Klang.
MISI
- Membantu organisasi dalam membina warga Jabatan yang kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat.
- Memastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti dalam mempertingkatkan prestasi institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.
VISI
- Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan masyarakat Hospital Shah Alam yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.
PIAGAM PELANGGAN
- Membantu pelanggan mengesan, mengakses dan memperolehi maklumat
- Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dengan serta merta atau dalam jangka waktu yang ditetapkan
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pengguna
- Akan berkhidmat dengan cemerlang dan mesra
OBJEKTIF
- Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, dan penyelidikan.
- Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan, dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi menwujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.
- Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik, dan terkini.
FUNGSI PERPUSTAKAAN
1. Mengurus dan Menyelenggara Pembangunan Koleksi Perpustakaan
Aktiviti:
- Pembinaan Koleksi Perpustakaan
- Pendokumentasian Bahan Perpustakaan
- Penyelenggaraan Koleksi
2. Mengurus dan Mengendalikan Perkhidmatan Perpustakaan
Aktiviti:
- Pendaftaran Pembaca
- Perkhidmatan Rujukan
- Perkhidmatan Pinjaman
- Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
- Pinjaman Berkelompok (Perpustakaan Negara Malaysia)
- Profil Pembaca
- Pangkalan Data (OPAC)
- Pempakejan Maklumat
- Perkhidmatan Multimedia
- Perkhidmatan Internet
- Keratan Akhbar
3. Mengurus dan Menyelaras Promosi Perpustakaan
- Pameran Buku Baru
- Demostrasi Produk dan Perkhidmatan Perpustakaan
- Emel Buku – buku baru
- Laman Web perpustakaan
- Kempen Galak Membaca
AKTIVITI
Rujukan dan Perujukan
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan, dan pencarian maklumat daripada sumber perpustakaan organisasi atau daripada pangkalan data dalam dan luar negara. Pengguna boleh merujuk ke perpustakaan lain melalui laman web organisasi tersebut sekiranya bahan dan pertanyaan rujukan tidak dapat diperolehi dari perpustakaan jabatan.
PINJAMAN
Perpustakaan perlu menyediakan perkhidmatan pendaftaran, pinjaman, dan tempahan secara atas talian. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada pengguna organisasi. Hanya buku - buku yang dibenarkan untuk pinjaman manakala majalah dan jurnal untuk bacaan di dalam perpustakaan sahaja.
SISTEM KESEDARAN SEMASA
Maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan boleh diperolehi melalui laman web perpustakaan, keratan akhbar, abstrak, dan indeks, senarai perolehan, pangkalan data bibliografi sumber perpustakaan dan pameran buku baru.
PROFIL PENGGUNA
Pangkalan data profil pengguna staf organisasi terpilih perlu dibina dan dikemaskini bagi memastikan maklumat dapat disediakan mengikut keperluan.
KAEDAH MAKLUMAT
Perkhidmatan ini disediakan mengikut keperluan pengguna bagi kemudahan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan mengikut tajuk - tajuk yang terpilih.
PENDIDIKAN PENGGUNA
Program pendidikan pengguna perlu disediakan bagi memastikan pengguna dimaklumkan tentang aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan disamping memahirkan penggunaan kemudahan perpustakaan dan pencarian maklumat.
SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (Pinjaman Antara Perpustakaan).
Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna dengan mendapatkan maklumat dari organisasi - organisasi lain. Sistem Pembekalan Penerbitan ini diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
OPAC (Online Publication Access Catalogue)
Web OPAC disediakan bagi memudahkan segala maklumat mengenai bahan - bahan yang ada diperpustakaan boleh di kesan dan diperolehi dengan cepat dan berkesan.
INTERNET / INTRANET
Ahli perpustakaan boleh menggunakan perkhidmatan pencarian dan perkongsian maklumat di dalam dan luar negara melalui internet / intranet dengan menggunakan komputer yang disediakan di terminal komputer.