Pengenalan
Unit Perhubungan Awam (UPA) Hospital Shah Alam (HSAS) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Oktober 2015. UPA HSAS dipecahkan kepada dua (2) pasukan iaitu Unit Perhubungan Awam dan Pegawai Khidmat Pelanggan (bahagian operator).
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Penerangan (S41) dan 2 (dua) orang Pembantu Tadbir (S19) dari Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Seorang Pegawai Khidmat Pelanggan N22 (KUP) dan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu proses pengurusan melibatkan kakitangan, pelanggan dan orang awam.
Pegawai Khidmat Pelanggan (lantikan Personel MySTEP) seramai 13 orang juga turut ditempatkan dibawah UPA bagi membantu perkhidmatan operator dan kaunter informasi.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan maklumbalas hospital seperti aduan, penghargaan, pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelanggan, kakitangan dan pemegang taruh HSAS.
- Menyelaras lawatan dan kunjungan rasmi daripada pihak luar samada NGO, orang perseorangan, Kementerian atau Jabatan kerajaan dan lain-lain lagi.
- Menguruskan perhubungan media dan publisiti melalui medium media konvensional dan media sosial.
- Menyelaras permohonan penggambaran oleh produksi dalam dan luar negara.
- Menguruskan protokol untuk acara khas hospital.
- Mengurus serta menyelaraskan Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
- Membantu dan menyelaraskan sumbangan pihak luar kepada hospital.
- Memastikan perkhidmatan operator dan kaunter informasi beroperasi dengan lancar.
Tarikh dikemaskini: 11 Jun 2024