A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Unit Kejuruteraan

 

PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Hospital Shah Alam (HSAS) berfungsi sebagai unit teknikal yang memantau serta menyelia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di HSAS. Perkhidmatan ini merangkumi Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pembersihan (CLS), Perkhidmatan Linen dan Dobi (LLS) dan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan (HWMS) serta Program Lestari (SP) yang merangkumi Pengurusan Tenaga (EM), Kualiti Udara Dalaman (IAQ) serta program Reduce, Reuse dan Recycle (3R).

Unit Kejuruteraan memainkan peranan utama sebagai pemantau dan menilai Syarikat Kontraktor PSH yang dilantik oleh kerajaan melalui tender terbuka bagi menyediakan perkhidmatan PSH yang diperlukan berdasarkan perjanjian kontrak yang telah ditetapkan.

Unit Kejuruteraan juga bertindak sebagai urusetia dalam pelaksanaan program Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) yang meliputi proses pendaftaran sehingga proses pelupusan yang mengikut tatacara pengurusan tak aset alih kerajaan yang berkuat kuasa.

Unit Kejuruteraan juga bertindak sebagai penasihat teknikal kepada pengurusan hospital berkaitan tugas yang memerlukan perspektif jurutera seperti cadangan untuk projek kemudahan hospital, penilaian fasiliti, sistem kejuruteraan dan peralatan.

VISI

Menjadi Unit Kejuruteraan yang cemerlang dalam menyediakan penjagaan perubatan yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkualiti tinggi, efesien dan efektif melalui:

  1. Tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin dan beretika;
  2. Pewujudan sebuah organisasi yang dipacu oleh ilmu pengetahuan, inovasi, integriti dan kebolehpercayaan;
  3. Pewujudan persekitaran yang mesra pesakit; dan
  4. Menjalin kerjasama dengan komuniti setempat dalam mempromosi penjagaan kesihatan.

OBJEKTIF

Aktiviti Unit Kejuruteraan dilaksana untuk memenuhi kehendak hospital kearah perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti tinggi secara efisien dan efektif melalui:

  1. Warga kerja yang bersedia berubah dan melaksanakan pembaharuan selaras dengan tuntutan semasa berdasarkan amalan kejuruteraan yang terbaik;
  2. Memastikan sistem dan peralatan kejuruteraan fasiliti/biomedikal berada pada tahap optima setiap masa;
  3. Mengekalkan tahap kebersihan hospital pada tahap terbaik sepanjang masa;
  4. Memenuhi keperluan linen bersih yang mencukupi;
  5. Mengurus sisa hospital mengikut kepatuhan perundangan;
  6. Menyokong agenda kelestarian negara melalui pelaksanaan program lestari;
  7. Menyediakan, menyimpan dan menyelia maklumat aset yang lengkap bagi tujuan perancangan pembangunan dan kawalan penggunaan aset tak alih; dan
  8. Memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan di hospital mengikut amalan kejuruteraan yang terbaik.

 

Tarikh dikemaskini: 11 Jun 2024