PENGENALAN
Bahagian Perolehan dan Aset adalah salah satu bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Pengurusan yang ditadbir oleh Pengarah Hospital Shah Alam dan diselia oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M48. Bahagian Perolehan dan Aset diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N36 merangkumi Unit Perolehan dan Unit Pengurusan Aset.
Unit Perolehan diketua oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32, dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pegawai Tadbir N29, seorang Pembantu Tadbir (P/O) N22 dan Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK). Manakala Unit Pengurusan Aset diketuai oleh Penolong PegawaiTadbir N32, dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK), Pembantu Tadbir (P/O) N19 dan seorang Pembantu Awam H11.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama Unit Perolehan adalah untuk mengendalikan urusan perolehan jabatan yang merangkumi bekalan am dan bukan ubat, pembelian aset perubatan serta pembelian aset bukan perubatan. Manakala Unit Pengurusan Aset pula berfungsi untuk mengendalikan urusan berkaitan penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan kehilangan aset kerajaan. Unit ini turut bertanggungjawab untuk memastikan kedudukan stok bagi stor-stor utama sentiasa teratur dan dikawalselia dengan baik.
OBJEKTIF
Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.
Memastikan semua perolehan kerajaan adalah yang terbaik dan menguntungkan.
Memastikan semua perolehan kerajaan diuruskan secara cekap, berkesan, teratur dan telus.
Merancang dan mengurus aktiviti pengurusan aset dan stor selaras dengan tatacara pengurusan aset dan stor yang sedang berkuatkuasa.
Tarikh dikemaskini: 31 Mei 2024