A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Pergigian Pediatrik

 

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Shah Alam berfungsi sebagai pusat rujukan bagi kes-kes pergigian dan oral trauma untuk kanak-kanak (berumur 16 tahun dan ke bawah) dari Daerah Petaling dan kawasan sekitarnya.

Visi

Meningkatkan tahap kesihatan mulut kanak-kanak ke peringkat optimum bagi meningkatkan kualiti kesihatan kanak-kanak- secara keseluruhan.

Misi

Misi Jabatan Pergigian Pediatrik adalah untuk memberi perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang mesra pelanggan, cekap, kos-efektif dan inovatif di samping memupuk sikap positif kanak-kanak kepada kesihatan mulut melalui pendidikan kesihatan yang berkesan dan berterusan.

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara komprehensif kepada kanak-kanak melalui rawatan pencegahan, konservatif dan kuratif.
  2. Memberi perkhidmatan “on-call” untuk kes kecemasan pergigian pediatrik.
  3. Melaksanakan rawatan pencegahan klinikal di kalangan kanak-kanak berkompromi perubatan dan dengan keperluan khas.
  4. Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedic dalam bidang pergigian pediatrik.
  5. Menjalankan program kajiselidik dan audit
  6. Memberi perkhidmatamn yang berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran  Pergigian Pediatrik.

Aktiviti-aktiviti Utama Jabatan

  1. Pengendalian kes rujukan pesakit luar
  2. Pengendalian kes temujanji susulan
  3. Pengendalian kes rujukan pesakit dalam/kecemasan
  4. Pengendalian kes pesakit dalam wad
  5. Pengendalian kes rawatan di unit rawatan harian
  6. Pengendalian kes rawatan di dewan bedah
  7. Pengendalian kes panggilan di luar waktu pejabat
  8. Penyediaan laporan perubatan

Waktu Operasi Klinik Pakar Pergigian Pediatrik

  1. Perkhidmatan Pesakit Luar

     HARI  WAKTU PERKHIDMATAN REHAT WAKTU PERKHIDMATAN
     ISNIN - KHAMIS 8:00 PAGI - 1:00 PETANG 1:00 PETANG - 2:00 PETANG 2:00 PETANG - 5:00 PETANG
     JUMAAT  8:00 PAGI - 12:15 TENGAH HARI 12:15 TENGAH HARI - 2:45 PETANG 2:45 PETANG - 5:00 PETANG


  2. Perkhidmatan Atas Panggilan (ONCALL) turut disediakan untuk kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat, termasuk cuti mingguan dan cuti umum.

 

Hubungi Kami:

Tel: 03-5526 3290 (Direct Line)
Tel: 03-5526 3000 EXT 5503

Tarikh dikemaskini: 4 Oktober 2024