A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Patologi

 

PENGENALAN

Jabatan Patologi Hospital Shah Alam menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik bagi Hematologi, Patologi Kimia, Transfusi Perubatan, Mikrobiologi Perubatan, dan Patologi Anatomik kepada pelanggan dalaman di Hospital Shah Alam dan pelanggan luaran dari klinik-klinik kesihatan di Daerah Petaling.

VISI

Jabatan ini akan menyediakan perkhidmatan patologi dan tranfusi yang komprehensif dan berkualiti, cekap, kos efektif, dan menggunakan metodologi semasa yang selaras dengan perkhidmatan klinikal.

MISI

Jabatan ini akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, boleh dipercayai, dan berkualiti untuk mencapai kecemerlangan penjagaan kesihatan pesakit yang disampaikan dengan persekitaran yang selamat, penyayang, dan profesional.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan yang merangkumi diagnostik dan khidmat nasihat di Patologi Kimia, Hematologi, Transfusi Perubatan, Patologi Anatomik, dan Mikrobiologi Perubatan.
  2. Mengembangkan perkhidmatan patologi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan hospital setelah segala pertimbangan telah dipenuhi.
  3. Menyediakan latihan klinikal dan teknikal untuk kakitangan jabatan, pelatih dan kakitangan dari hospital kerajaan yang lain, institusi pengajian tinggi, dan agensi kerajaan yang lain.
  4. Menyediakan konsultansi dan khidmat nasihat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan patologi.
  5. Melaksanakan aktiviti-aktiviti Quality Assurance dan Quality Improvement.