A- A A+
A A

faqhubungimaklumbalaspeta

Hak Dan Tanggungjawab Pesakit & Keluarga

 

HAK TANGGUNGJAWAB

Sebagai pesakit anda layak untuk:

  • Mendapatkan rawatan yang saksama
  • Dilayan dengan penuh kehormatan dan maruah
  • Mengenali pengamal perubatan yang terlibat di dalam perawatan serta jawatannya
  • Mendapatkan rawatan yang bertepatan dengan masalah kesihatan yang dialami
  • Mendapatkan maklumat yang tepat mengenai status kesihatan, perancangan rawatan dan ubatan sebelum memberi kebenaran untuk rawatan
  • Diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan mengenai masalah kesihatan yang dialami
  • Mendapatkan rawatan berterusan melalui komunikasi yang tepat dengan pengamal perubatan
  • Mendapatkan pengurusan komplikasi yang sesuai dan tepat
  • Menerima rawatan di dalam persekitaran yang selamat dan selesa
  • Menolak rawatan yang disarankan 
  • Mendapatkan nasihat/pendapat daripada pihak kedua
  • Kerahsiaan maklulmat perubatan dan mendapatkan laporan perubatan jika perlu
  • Mendapatkan maklumat dan berhak untuk menolak dari mengambil bahagian dalam kajian perubatan
  • Mendapatkan maklumat mengenai polisi dan prosedur pendermaan organ dan kebebasan dalam membuat keputusan mengenainya
  • Menyuarakan ketidak puasan hati melalui saluran dan kaedah yang sesuai
  • Mendapatkan maklumat terperinci bagi bil bayaran hospital

    Bagi memastikan perawatan yang selamat dan berkesan,     

     pesakit dan ahli keluarga  dikehendaki untuk:

  • Memberi maklumat yang tepat mengenai sejarah kesihatan semasa dan terdahulu termasuk ubatan dan sejarah alahan
  • Memberi maklumat peribadi yang tepat dan terkini
  • Mematuhi perancangan rawatan, nasihat pemakanan dan arahan spesifik yang lain serta nasihat rawatan lanjut
  • Bekerjasama dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan di mana perlu
  • Meminta bantuan sekiranya berisiko untuk jatuh
  • Memaklumkan kepada petugas di wad sekiranya keluar dari wad untuk berada di sekitar premis hospital selepas pesakit dimasukkan ke wad.
  • Menghormati dan bertimbang rasa dengan pesakit lain dan ahli keluarga mereka
  • Menghormati dan bertimbang rasa dengan kakitangan hospital dan harta kerajaan
  • Mematuhi polisi hospital berkenaan dengan masa melawat, kebersihan tangan, tidak merokok, hospital rakan bayi dan kemudahan pesakit.
  • Mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan serta maklum pada kakitangan hospital jika tidak dapat hadir
  • Tidak membawa barangan berharga semasa tinggal di hospital.
  • Meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat 
  • Melunaskan bil hospital
  • Menyuarakan aduan melalui prosedur yang ada atau terus kepada kakitangan terlibat agar tindakan sewajarnya dapat diambil