-
HAK & TANGGUNGJAWAB PESAKIT & KELUARGA
PESAKIT & KELUARGA BERHAK :
- Dinilai & dirawat dengan penuh kehormatan, bermaruah & privasi berdasarkan nilai peribadi, agama dan keperluan khas.
- Menerima rawatan yang berkesan dan tepat dengan masalah kesihatan yang dihadapi tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama serta status ekonomi dalam suasana yang professional.
- Diberikan penerangan mengenai prosedur dan ujian yang akan dilakukan sebelum memberikan kebenaran untuk prosedur dan ujian tersebut.
- Mengetahui tahap kesihatan, rawatan terkini, perkembangan penyakit yang dihadapi dan perancangan rawatan yang selanjutnya.
- Memilih atau menolak tempat atau jenis rawatan yang diberikan.
- Melibatkan ahli keluarga dalam perbincangan dan membuat keputusan berkaitan penjagaan dan rawatan.
- Dimaklumkan mengenai perkhidmatan yang tidak terdapat di hospital ini dan dirujuk ke hospital atau institusi lain yang relevan.
- Mendapat pandangan supaya dirujuk ke hospital lain.
- Menemani anak sepanjang masa, semasa mendapatkan rawatan di hospital (bawah 12 tahun).
- Dipanggil dengan nama dan mendapat maklumat dalam bahasa yang anda fahami.
- Mengetahui nama, identiti serta tugas anggota kesihatan yang terlibat dalam perawatan.
- Mengamalkan kepercayaan, budaya dan kerohanian tanpa menggangu pesakit lain dan mendapatkan khidmat nasihat kerohanian .
- Diberikan pilihan samaada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam temu bual, kajian, dirakam dan diambil gambar.
- Diuruskan dengan baik jika berlaku bencana dan diberikan perlindungan sepanjang masa.
- Menghormati hasrat pesakit atau keluarga agar tidak dilakukan resusitasi & diberikan penjagaan dengan penuh rasa hormat & belas kasihan sewaktu peringkat akhir kehidupan terutamanya keselesaan dan harga diri pesakit.
- Diberitahu tentang wujudnya kemudahan bagi membuat aduan dan mempunyai hak mengambil bahagian dalam penyiasatan.
UBAT-UBATAN- Memohon maklumat berkenaan ubat-ubatan dan kesan sampingan.
- Menyoal jika terdapat keraguan dalam rawatan ubatan yang diberikan.
REKOD PERUBATAN
- Memohon laporan perubatan di Unit Rekod, HKKB dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
- Maklumat perubatan anda adalah sulit dan disimpan di tempat yang selamat.
- Rekod perubatan anda hanya boleh diakses oleh anggota yang berkenaan sahaja.
BIL BAYARAN
- Mendapatkan maklumat tentang bayaran dan memohon bil terperinci di Unit Hasil, HKKB.
PENDIDIKAN KESIHATAN
- Diberikan pendidikan kesihatan berkaitan dengan penyakit anda.
TANGGUNG-JAWAB PESAKIT & KELUARGA :
- Memberikan maklumat yang tepat tentang penyakit, sejarah penyakit dan kemasukan ke wad, rawatan terkini dan sejarah penyakit yang berkaitan.
- Memberi maklumat waris terdekat, nama, alamat dan nombor telefon yang betul dan terkini.
- Mematuhi nasihat rawatan, pemakanan khas dan temu janji.
- Menjaga hartabenda dan kemudahan yang disediakan oleh hospital.
- Memaklumkan anggota jika anda mengalami masalah, alahan, memerlukan penerangan dan bantuan.
- Menghormati pesakit dan orang lain yang berada di sekeliling anda.
- Menghormati dan memberikan kerjasama kepada anggota hospital
- Mematuhi polisi hospital:
- Peraturan waktu melawat dan bilangan pelawat yang dibenarkan.
- Mengamalkan mencuci tangan atau hand rub sebelum dan selepas melawat pesakit.
- Meletakkan kenderaan ditempat yang disediakan.
- Menghormati dan memberikan kerjasama kepada anggota hospital
- Pesakit dan keluarga dilarang:
- Membawa barang berharga atau jumlah wang berlebihan.
- Meningggalkan wad atau kawasan tanpa memaklumkan jururawat yang menjaga.
- Membuang sampah merata-rata di kawasan hospital. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.
- Dilarang merokok di dalam wad dan kawasan hospital.
- Merakam video dan mengambil gambar semasa rawatan dan di dalam kawasan hospital.
- Peranan anda untuk keselamatan :
- Anda dikehendaki memakai tanda nama, RN, wad atau unit dipergelangan tangan pada setiap masa di wad.
- Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak digalakkan melawat hospital (mengikut kriteria tertentu) kecuali untuk mendapatkan rawatan.
- Sekiranya anda berisiko untuk jatuh :
- Minta bantuan anggota apabila hendak berpindah ke kerusi roda dari katil atau semasa hendak ke tandas.
- Elakkan menggunakan selipar yang licin.
- Memastikan pagar katil dinaikkan.