Misi
Untuk memberi penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada rakyat melalui promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan dan rehabilitasi
Visi
Memberi perkhidmatan optometri cemerlang ke arah penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan status sosio ekonomi.
Objektif
- Membuat pemeriksaan mata berkala
- Memberi pendidikan kesihatan penjagaan mata
- Memberi rawatan dan rujukan yang bersesuaian
Piagam Pelanggan
- Masa menunggu tidak melebihi 90 minit dari masa pendaftaran
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Perkhidmatan optometri merangkumi :
- Pemeriksaan mata primer
- Mengesan, membuat diagnosis dan merawat masalah sistem
- Penjagaan dan pemulihan sistem penglihatan.
- Pencegahan kebutaan
- Merujuk kes-kes tertentu kepada Pakar Oftalmologi apabila perlu.
Polisi Operasi / Polisi dan Prosedur
Unit Optometri beroperasi 5 hari seminggu iaitu :
• Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang (kaunter).
: 8.00 pagi - 4.30 petang (waktu rawatan).
• Jumaat : 8 pagi – 12.15 tengahari, 2.45 petang -5 petang ( waktu rehat: 12.15tengahari -2.45 petang).
Unit tidak beroperasi pada hari Sabtu ,Ahad dan pada hari cuti umum/ pelepasan am.