Misi

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan persekitaran yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika profesional untuk pesakit dan wargakerja hospital melalui aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit, kecederaan serta ketidakupayaan yang disebabkan oleh interaksi antara manusia dan pekerjaan

Visi

Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta promosi tempat kerja dan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat. 

Objektif

  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima
  • Mencegah masalah kesihatan di kalangan kakitangan hospital dan pelanggan akibat daripada pendedahan kepada persekitaran kerja, proses kerja dan amalan pekerjaan yang berisiko.
  • Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit-penyakit
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
  • Meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat dan selamat
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/keracunan dan kemalangan/kecederaan.

Piagam Pelanggan

  • Percentage of safety audit findings identified whereby control measures had been taken in the corresponding year with standard>/=70%
  • Kadar kematian kes Covid-19 <3% tahunan
  • Peratus pekerja di Hospital dan Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalani saringan kesihatan untuk faktor risiko penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) pada tahun semasa >/= 60% setahun
  • Peratus pekerja di tempat kerja (setting) yang menjalankan program KOSPEN Plus disaring untuk faktor risiko NCD pada tahun semasa >/=60%

Skop dan Fungsi Perkhidmatan

    • Memberi nasihat kepada pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu mengenai polisi dan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta memberi cadangan bagi memperbaiki Keselamatan dan Kesihatan di jabatannya.
    • Menyelaras aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Hospital Selayang setiap 3 bulan
    • Mengumpul , menganalisa dan menyelenggara statistik mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit
    • Menjalankan pemeriksaan atau audit di jabatan-jabatan di hospital mengikut jadual untuk mengenalpasti hazard yang boleh menyebabkan kecederaan atau penyakit pekerjaan dan bertindak balas terhadap hazard
    • Menjalankan Program Audit seperti :
      • Audit keselamatan pekerjaan dan penilaian risiko kesihatan di tempat kerja setiap tahun
      • Audit pengendalian alatan tajam dan pengurusan kes setiap 3 bulan dengan kerjasama Unit Kawalan
      • Audit pengurusan kes TB di kalangan warga kerja
    • Audit penggunaan 'Personal Protective Equipment ,PPE 2 kali audit setahun
    • Audit pengendalian pengurusan bahan kimia sekurang-kurangnya 1 kali setahun
    • Susulan audit ke atas isu-isu yang telah dikenalpasti di tempat kerja
    • Menyediakan Program Sharp Injury Surveillance ( SIS ) di kalangan warga kerja dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi seperti :
      • Melaksanakan aktiviti pencegahan Needle Stick Injury seperti kempen pencegahan kecederaan alatan tajam
      • Memastikan database SIS lengkap dan dikemaskini
    • Indoor Air Quality ( IAQ ) - bekerjasama dengan Radicare
    • Penilaian Risiko Kesihatan Bahan Kimia / Chemical Health Risk Assessment ( CRHA )
    • Menyelaras pemeriksaan kesihatan warga kerja yang berumur 35 tahun ke atas
    • Menyelaras pemeriksaan kesihatan warga kerja yang berumur 35 tahun ke bawah untuk kes-kes berlebihan berat badan, perokok dan masalah kesihatan mental.
    • Menjalankan program saringan kesihatan untuk Latent dan Pulmonary Tuberculosis di kalangan warga kerja yang berisiko tinggi
    • Menyediakan program imunisasi Hepatitis B serta memantau statistik imunisasi tersebut di kalangan warga kerja
    • Menyediakan program imunisasi Influenza serta memantau statistik imunisasi tersebut di kalangan warga kerja.
    • Menyediakan program 'medical surveillance' bagi wargakerja yang terdedah kepada sinaran
    • Menubuhkan Klinik Kesihatan Pekerjaan/Klinik OSH
    • Menjalankan latihan dan kursus OSHA untuk wargakerja hospital dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam dan Unit Kawalan Infeksi seperti :
    • Melaksanakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) sekali setahun
    • Mengadakan latihan untuk setiausaha dan ahli JKKP sekali setahun
    • Kursus survelans TB 
  •  Kursus pengendalian dan pembuangan alatan tajam

    • Kursus imunisasi
    • Kursus Personal Protective Equipment (PPE )
    • Kursus risiko penyakit pekerjaan dan ergonomik.
    • Kursus Pengurusan Bahan Kimia

     

  • Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang. Ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.