Misi

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan

Visi

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  • Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  • Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon

Skop dan Fungsi Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan rujukan yang diterima dari Pakar/ Pegawai Perubatan di hospital. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan ini merangkumi:-

    a)         Pengurusan Bantuan Praktik

    1. Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan / rawatan/ am);
    2. Penempatan Institusi;
    • Mengesan Waris.

    b)         Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan

    1. Khidmat Perundingan;
    2. Sokongan Emosi;
    • Intervensi Krisis.

Waktu Operasi

Unit ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am.