Misi

Unit Kejuruteraan Operasi akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan :

1. Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan berkesan

2. Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sistem fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam.

3. Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan perkhidmatan kejuruteraan.

4. Mewujudkan satu budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara Unit Kejuruteraan Operasi di dalam negeri Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Visi

Menyelia Khidmat Sokongan Hospital (KSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital.

Objektif

1Memantau pelaksanaan Khidmat Sokongan Hospital (KSH) bagi perkhidmatan linen, pembersihan, pengurusan sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.

2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam konsesi dipenuhi.

3. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas siste,, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekaninal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan.

5. Memberikan pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Khidmat Sokongan Klinikal.

 Piagam Pelanggan

  • Merancang, menganjur dan memastikan mesyuarat jawatankuasa validasi (VCM) diadakan sebelum 25hb setiap bulan bagi memutuskan pelaksanaan pengiraan pemotongan di bawah Perkhidmatan sokongan hospital (PSH) memenuhi kehendak kontrak perjanjian.
  • Memantau dan memastikan peralatan/sistem Kejuruteraan di bawah selenggaraan Perkhidmatan sokongan hospital (PSH) mencapai sasaran uptime ≥ 92% dan sekiranya sasaran tidak dicapai pelaksanaan pengiraan pemotongan akan dilaksanakan.
  • Memantau dan menjalankan pemeriksaan ke atas Engineering Plant Room (EPR) setiap bulan bagi memastikan sistem Kejuruteraan sentiasa berfungsi dengan baik.
  • Mengumpul, menyedia, mengesah dan memastikan Company Performance Assessment (CPA) dilaksanakan tiga (3) kali mengikut fasa berdasarkan penilaian Customer Feedback Survey (CFS) dari kakitangan Hospital dan pelaksanaan pengiraan potongan di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah dipersetujui.

Skop dan Fungsi Perkhidmatan

Mengawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi dan pembangunan di hospital dengan merujuk dokumen kontrak perjanjian 1 April 2015, dokumen POG PSH dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan PSH dimana melibatkan tugasan seperti berikut :

Tugas-tugas Utama

Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan pelaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital oleh Syarikat-syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.

    1. Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
    2. Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (ASIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dikemaskini serta
    3. Membantu melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (Customer Feedback Survey) dan menyediakan laporan penilaian prestasi (Contractor Performance Assessment) Syarikat-syarikat Konsesi tiga kali setahun.
    4. Membantu pihak hospital dalam pengurusan aset
    5. Membantu menyediakan anggaran fi perubahan kerja (Variation Order) apabila perlu untuk Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat-syarikat
    6. Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/invois untuk pengesahan bayaran atau penalti.
    7. Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan penilaian keadaan, laporan kejadian dan menyiasat aduan – aduan berkaitan bagi perkhidmatan Kejuruteraan
    8. Membantu menjalankan proses mobilisasi Khidmat Sokongan Hospital dan penyerahan milik hospital/fasiliti baru dibawah penswastaan khidmat sokongan hospital.
    9. Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem pepasangan, loji, dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) bagi hospital/fasiliti
    10. Membantu menyelia dan menyelaras maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak
    11. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara Pengarah, Syarikat-syarikat Konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.
    12. Membantu menyemak maklumat berkaitan yuran perkhidmatan hospital atau fasiliti baru dan hospital gantian kepada Syarikat-syarikat Konsesi.