logo kkm small

Prosedur Bagi Kemasukan Wad

 

  1. Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.

  2. Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan (Guarantee Letter) yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat esakit/ waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit/ waris hendak menggunakan eGL HRMIS, dan sertakan seklai nombor kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/ waris di dalam sistem HRMIS).

  3. Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran.

  4. Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/ waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.

  5. Pelajar Sekolah/ Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/ IPT.

 

Prosedur Penyediaan Laporan Perubatan

A. Melalui Pos

a. Membuat permohonan bertulis kepada:-

     Pengarah
     Hospital Cyberjaya
     Persiaran Sepang
     Cyber 11,
     63000 Cyberjaya
     Selangor

b. Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen berikut:-

 i. Surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan yang ditandatangani oleh pesakit atau waris jika pesakit dibawah umur 18 tahun.

 ii. Sainan kad pengenalan waris/ pesakit.

iii. Salinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.

c. Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertuhuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.


B. Melalui Kaunter

  1. Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan.

  2. Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen berikut:-
    i. Salinan kad pengenalan waris/pesakit
    ii. Salinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.

  3. Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.

  4. Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk caj laporan perubatan)

C. Surat Keizinan

  1. Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.

  2. Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.

  3. Permohonan Laoran Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkenaan.

  4. Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.

Kaedah Pelaksanaan SPIKPA

 

  1. Kerajaan telah memutuskan supaya pelaksanaan SPIKPA di hospital-hospital KKM bermula pada 1 Januari 2011. Semua pekerja asing adalah diwajibkan mengambil polisi insurans ini dengan jumlah perlindungan isurans kesihatan sebanyak RM 10,000.00 setahun dan bayaran premium insurans sebanyak RM 120 setahun bagi seorang pekerja asing.

  2. SPIKPA ini dilaksanakan secara cashless. Ini bermakna pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA yang dimasukkan ke hospital KKM tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan/Guarantee Letter (GL) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk.

  3. Bagi pekerja asing yang dikesan mempunyai bil tertunggak di mana-mana hospital KKM, pekerja asing/majikan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil tersebut sebelum memohon pembaharuan permit kerja. Bagi pekerja asing yang gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui permit kerja apabila permit tamat tempoh dan majikan yang bertanggungjawab akan disenarai hitamkan oleh pihak Jabatan lmigresen Malaysia. Majikan yang telah disenarai hitamkan tidak akan dibenarkan mengambil pekerja asing baru.