Jabatan Kecemasan Dan Trauma
- Wad pemerhatian di Jabatan Kecemasan berfungsi bagi memastikan pesakit distabilkan bagi kes-kes Trauma dan juga bukan Trauma (Medikal). Pemerhatian seperti bacaan parameter vital sign dan prosedur kecil kecemasan dijalankan di sini sebelum pesakit dihantar ke wad-wad ataupun discaj.
- One Stop Crisis Center (OSCC) merupakan perkhidmatan bersepadu pelbagai disiplin kepakaran bagi memeriksa dan merawat mangsa penderaan fizikal dan seksual golongan wanita dan kanak-kanak. Bilik OSCC disediakan di dalam Jabatan Kecemasan Hospital Banting.
Prosedur Surgikal
- Kebanyakan prosedur surgikal yang dijalankan di Jabatan Kecemasan melibatkan rawatan I&D dan T&S yang tidak berkomplikasi, ’dressing,’removal foreign body’ dan ’eye irrigation’.
WAKTU OPERASI
24 Jam Setiap Hari Setahun
MAKLUMAT LAIN
Pengurusan Bencana
- Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.
Cardio Alert
- Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama dengan Jabatan Kardiologi Hospital Serdang telah meningkatkan perkhidmatan dengan menghantar semua pesakit (warganegara) acute myocardial infarction dari Hospital Banting ke Hospital Serdang untuk rawatan PCI.
Pasukan perubatan kecemasan
- Jabatan Kecemasan Hospital Banting juga terlibat dengan “Medical Team” atau Pasukan Liputan Perubatan ( Level 1 dan 2). Pasukan liputan perubatan terdiri daripada pegawai perubatan (Pakar / Pegawai Perubatan) dan paramedik terlibat dengan liputan majlis-majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dan Negeri melibatkan VVIP seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua-ketua Negara. Hospital Banting pernah terlibat dengan acara peringkat antarabangsa seperti Perlumbaan Motor GP Sepang , Formula 1 Sepang, Operasi Haji Tanah Air (OHTA).
CME Jabatan
- Program CME Jabatan dijalankan di Jabatan Kecemasan.`Morning ward rounds’ bersama pakar kecemasan dijalankan setiap pagi. Di samping itu, sesi Taklimat Pengurusan disampaikan setiap pagi Khamis oleh Pegawai Perubatan Yang Menyelia.