Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu perkhidmatan bukan klinikal di Hospital Banting. Unit ini dianggotai oleh 2 Penolong Pegawai Rekod, 1 Pembantu Tadbir, dan 2 Pembantu Am Pejabat.
Perkhidmatan yang diberikan adalah :
- Mengendalikan semua urusan berkaitan dengan pemyimpanan dan pengurusan rekod perubatan pesakit dengan selamat dan teratur. Unit ini juga adalah sebagai ‘custodian’ kepada rekod-rekod yang disimpan di unit-unit dan klinik pakar.
- Menguruskan penyediaan pelbagai laporan perubatan termasuk laporan bedah siasat /polis/insuran dan jabatan kerajaan
- Menyediakan laporan perangkaan hospital termasuk secara rutin atau ‘adhoc’. Perangkaan maklumat disediakan secara harian,mingguan,bulanan dan tahunan. Maklumat-maklumat ini akan dikemukan kepada pihak atasan samada di Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi
- Mengendalikan pemisahan dan pelupusan rekod-rekod dan fail-fail Unit Rekod yang telah mencapai tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Menguruskan permohonan pengesahan laporan perubatan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Menguruskan permohonan pengesahan daftar lewat kelahiran.