Jabatan Nefrologi adalah salah satu Pusat Kepakaran Perubatan yang sedia memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang. Sebagai salah satu jabatan yang menjadi tempat rujukan daripada klinik-klinik kerajaan dan juga persendirian, jabatan ini juga memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk-penduduk di persekitaran Daerah Kuala Langat/Sepang yang meningkat setiap tahun.