- PENGENALAN UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mula beroperasi di Hospital Banting pada 26 November 2013. Penubuhan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital Banting.
- VISI DAN MISI
- Visi:
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
- Misi:
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
- OBJEKTIF
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
- Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
- Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).
- PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi akan dipelihara.
- Pelanggan akan diberikan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang bermutu bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
- Pelanggan akan disediakan pelbagai program pembangunan insan dari segi rohani dan jasmani dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami.
- Pelanggan akan diberikan latihan secara berhikmah, terancang dan berkualiti (teori atau praktikal) merangkumi bidang aqidah, ibadah, akhlak dan sosio budaya dengan berlandaskan syariat Islam.
- CARTA ORGANISASI UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)
- SKOP PERKHIDMATAN/PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI), HOSPITAL BANTING
Skop perkhidmatan dan fungsi utama yang disediakan oleh UHEI Hospital Banting adalah seperti berikut:
- PROGRAM / AKTIVITI UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI) HOSPITAL BANTING
Bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada pegawai/anggota/kakitangan di Hospital Banting, beberapa program telah disusun selaras dengan kehendak dan keperluan semasa dengan berlandaskan syariat Islam. Sebanyak 5 program utama telah dirangka dengan menekankan ciri-ciri keutamaan seperti berikut:-
- DATA RUJUKAN KES UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)
- WAKTU OPERASI
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- MAKLUMAT LAIN
Ketua Unit:
PUAN ZAINAB BINTI BUJANG
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PPHEI)
Emel:
No. Sambungan: 534
Tarikh Kemaskini: 18 Januari 2021 (Isnin) / 5 Jamadilakhir 1442H