Polisi Hospital disediakan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas-tugas di hospital berdasarkan dengan Polisi dan Peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedia ada.
Semua aspek perkhidmatan yang diberi telah dikenalpasti dan polisi disediakan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Polisi akan berubah dari semasa ke semasa dengan adanya penambahbaikan melalui aktiviti-akitivit kualiti yang dilaksanakan. Keutamaan akan diberi kepada penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan.
Adalah diharapkan polisi ini akan membekalkan satu sumber pengetahuan yang lengkap dalam Pengurusan Pelanggan.
Pengarah Hospital,
Hospital Banting.