Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital

Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini digunapakai oleh seluruh Hospital Banting. Ia merangkumi aspek keselamatan untuk setiap pekerja tanpa kecuali sesuai dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.

Pada dasarnya pihak pengurusan Hospital Banting sendiri memastikan tempat kerja adalah selamat dan tidak berisiko, melalui proses pemantauan yang dilakukan dari masa ke semasa.

Objektif polisi ini merangkumi semua pekerja tanpa kecuali. Memastikan persekitaran kerja, sistem kerja dan pekerja adalah selamat tanpa risiko.

Polisi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.

2. Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma akan diberi perkhidmatan dengan segera.

3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan akan dipelihara.

4. Setiap pelanggan diberi penerangan mengenai perawatan yang diberikan kepadanya.

5. Setiap pelanggan boleh mendapat Laporan Perubatan dalam tempoh yang ditetapkan setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Hospital Banting melaksanakan Piagam inidengan berkesan, pelanggan adalah dipohon untuk :

1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai; dan

2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen yang diperlukan.

Pengarah Hospital,

Hospital Banting.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: pengurusanhospitalbanting@moh.gov.my