Kursus Pemantapan Pasukan Code Grey (Keganasan) Hospital Banting anjuran Unit Kesihatan Awam dengan kerjasama Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Banting dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang telah diadakan pada 20 Jun 2023 (Selasa).
Kursus ini diadakan bagi mempersiapkan anggota Pasukan Code Grey yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan untuk bertindak sekiranya diaktifkan. Code Grey merupakan kod kecemasan yang diaktifkan untuk bertindak balas dan mengendalikan mana-mana insiden kekerasan yang berbahaya atau berpotensi mengakibatkan bahaya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kerja dan orang sekeliling terpelihara.