A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Perolehan Dan Aset

Unit Perolehan adalah sebuah Unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Ampang. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (Kanan) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir Kewangan Kanan. Unit ini turut dianggotai oleh  seorang Penolong Akauntan, seorang Pembantu Tadbir Kewangan, empat (4) orang Pembantu Tadbir dan dua (2) orang Pembantu Operasi.

Unit ini bertanggungjawab mengurus dan menyelaras urusan perolehan seperti pembelian terus, sebutharga dan tender. Unit ini juga bertanggungjawab di dalam pengurusan aset alih Kerajaan seperti pendaftaran, pemeriksaan, pelupusan, kehilangan dan pengurusan stor.perolehan

OBJEKTIF

  1. Merancang dan menguruskan aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja seiring dengan Kaedah Perolehan Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa.
  2. Merancang dan menguruskan aktiviti pentadbiran aset alih kerajaan dengan teratur selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa.