A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat merupakan Unit Kecil di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Ampang. Bertanggungjawab untuk menyelaras prasarana ICT di Hospital Ampang agar berfungsi dan sentiasa dalam keadaan baik serta seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Unit Teknologi Maklumat diterajui oleh 8 orang pegawai yang bertindak sebagai penggerak dan perlaksana misi dan visi yang telah digariskan. Lokasi unit ini terletak di Aras 2 Hospital Ampang iaitu bersebelah dangan Unit Rekod Perubatan.

Unit Teknologi Maklumat turut bertanggungjawab sebagai koordinator pelaksana sistem Total Hospital Information System (THIS) di Hospital Ampang. Ia merupakan suatu sistem yang yang mengintergrasikan sistem seperti LIS, PhIS, RIS, PACS, PMS, disamping beberapa modul lain. Bagi merealisasikan THIS berada pada tahap paling maksimum, Unit Teknologi Maklumat telah mengadakan sesi perbincangan, review masalah, latihan berterusan dan apa jua bentuk bantuan yang boleh bagi meminimumkan masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Selain pemantauan THIS, Unit Teknologi Maklumat Hospital Ampang memainkan peranan menyediakan infrastruktur ICT bagi sistem lain seperti eSPKB, HRMIS, eGL, 1GovNet, pendaftaran 1GovUC (webmail), Clinical Research Centre (CRC), Hematology Lab Information System (HLIS), MyCPD, ePerolehan (eP), eMasa, eNoticefication, intramail dan menjalankan latihan-latihan HIS, office automation (OA), email.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyerahkan urusan perkhidmatan sokongan operasi dan penyelenggaraan bagi perkakasan, perisian, aplikasi dan rangkaian untuk THIS kepada Syarikat Isianpadu Sdn Bhd bermula dari Jun 2014 sehingga Jun 2017 dengan kakitangan sokongan seramai 25 orang. Unit Teknologi Maklumat juga sedang berusaha untuk menaiktaraf bebarapa peralatan ICT, penambahan perisian dan talian 1GovNet serta capaian ke EGNet.

IT