Unit Kewangan dan Akaun merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di hospital . Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan Hospital, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Gaji, Pengurusan Pinjaman, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil serta Pengurusan Aset di hospital mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti hospital.
Skop Perkhidmatan
Unit Kewangan dan Akaun mempunyai fungsi-fungsi utama seperti berikut:
1. Pengurusan Akaun
- Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem eSPKB bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
- Menyedia dan menyelaras Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
2. Pengurusan Gaji
- Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan hospital.
- Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
- Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, EKLWBB, Pembedahan Elektif dan Lokum.
3. Pengurusan Kewangan
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat hospital.
- Menguruskan permohonan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
4. Pengurusan Aset
- Bermula penghujung tahun 2009, unit ini diletakkan dibawah Unit Kewangan susulan penyusunan semula tugas di Bahagian Pengurusan.
- Bertanggungjawab di dalam pengurusan aset- aset kerajaan di hospital.
5. Pengurusan Hasil
- Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil hospital.
- Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
- Pengurusan Tunggakan Hasil.