Objektif Kementerian Kesihatan ialah untuk meninggikan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui perkhidmatan penggalakan, pencegahan, perawatan, pemulihan dengan memberi penekanan kepada golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan Negara akan memenuhi kehendak pembangunan ekonomi Negara dan kemajuan sosial dengan berterusan. Untuk mencapai tujuan ini, perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan Negara.
Objektif Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ditubuhkan bagi menguruskan program Kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan Kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.
Tujuan pewujudan Unit Kejuruteraan Operasi ialah untuk merancang,menyelaras,membantu, dan memantau Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh Syarikat Konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi agar perkhidmatan yang diberi selamat, cekap dan berkesan.