A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Penolong Pegawai Perubatan

kwalanInfeksi

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan ( Hospital ) – U.P.H. merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan kesihatan.

Unit ini terletak di Aras 1 di bersebelahan lobi utama hospital. Kedudukan yang amat strategik berhampiran jabatan Kecemasan & Trauma dan Klinik Pakar yang memudahkan pemantauan dan penyeliaan yang berterusan kepada kakitangan yang diselia.

 PIAGAM PELANGGAN

  • Kemudahan untuk pelanggan :
    • Pelanggan akan menerima perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
  • Taraf Perkhidmatan :
    • Perkhidmatan yang diberi akan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti.
  • Penyeliaan klinikal ( clinical supervision ) akan dilaksanakan bagi setipa jabatan / unit.
  • Mengadakan CME, kursus, seminar atau bengkel bagi Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan secara berkala dan berterusan.
  • Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan memiliki Sijil Amalan tahunan ( ARC ) bagi tahun semasa.
  • Mewujudkan kerjasama dengan jabatan / unit yang lain secara professional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda utama.
  • Pendidikan Kesihatan :
    • Pelanggan boleh mendapat pendidikan kesihatan yang berkaitan dengannya

SKOP PERKHIDMATAN

1. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.

- Perjawatan pegawai (Database)

- Permohonan Perjawatan Baru (Anggaran Belanja Mengurus)

- Penempatan / Penempatan semula pegawai

- Pengagihan pegawai

- Tatakelakuan pegawai

2. PENTADBIRAN

- Mesyuarat berkala Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabatan Hospital

- Kewangan / Peruntukan Modal Insan.

- Perolehan / Aset

3. PENYELIAAN KLINIKAL

Standard Operating Procedure ( S.O.P. yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti ) dan Clinical Practice Guidelines ( C.P.G. ) Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Dokumentasi klinikal

- Kawalan jangkitan / infeksi

- Audit Klinikal

- Keselamatan pesakit ( Patient Safety )

4. PERKHIDMATAN RAWATAN PRA HOSPITAL DAN AMBULANS KECEMASAN

- Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan ( MECC )

- Intrafasiliti dan Interfasiliti.

- Pasukan Perlindungan Perubatan ( Medical Standby ).

5. PEMATUHAN AKTA DAN PERATURAN

- Pematuahan kepada Akta 180, Akta Pembantu Perubatan ( Pendaftaran ) 1977.

- Peraturan-peraturan yang ditetapkan peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.

- Pematuhan kod etika Pembantu Perubatan.

- Pematuhan senarai tugas Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.

6. PENGURUSAN LATIHAN.

- Orientasi anggota baru

- Merancang latihan bagi anggota.

- Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota.

- Menyediakan laporan latihan dihadiri oleh anggota.

- Mengurus Buku Log latihan dan MyCPD.

- Menyelaras latihan Tahap 1,2 dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan.

7. PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan

STRUKTUR DAN PENGURUSAN UNIT

Pengurusan Unit

  • Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan ( KPH – Chief AMO ) gred U44 ( atau gred terkanan) dan dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan gred U16 / U14 atau gred terkanan.
  • KPH akan melaporkan kepada Pengarah dan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri ( KPPPN ) berkaitan dengan bidang perkhidmatan di bawah jagaannya.

 

Vision Mission