Bahagian Perubatan

Halaman

Pengenalan

Bahagian Perubatan mempunyai 5 unit utama iaitu :-

  1. Unit Pengurusan Hospital
    Bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan rawatan perubatan untuk orang awam di 10 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah naungannya.

  2. Unit Kualiti Perubatan
    Memantau dan menyelaras program-program berkaitan inisiatif kualiti bagi semua hospital KKM di negeri Selangor.

  3. Unit Rekod Perubatan
    Memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital KKM di negeri Selangor menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) dan juga laporan dari hospital swasta melalui Sistem e-Reporting.

  4. Unit Kejuruteraan Perubatan
    • Memantau dan menyelia aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan di hospital KKM di Negeri Selangor.
    • Menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital KKM di Negeri Selangor.

  5. Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS)
    Bertanggungjawab ke atas pemantauan, pelesenan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di negeri Selangor, sepertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

 

Hospital-hospital KKM di negeri Selangor adalah seperti berikut

  1.  Hospital Pakar:
    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
    • Hospital Selayang
    • Hospital Serdang
    • Hospital Ampang
    • Hospital Sungai Buloh
    • Hospital Kajang
    • Hospital Banting
  2. Hospital Tanpa Pakar :
    • Hospital Kuala Kubu Bharu
    • Hospital Tanjong Karang
    • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam
style1
style2
style3
style4

facebook
tweet
youtube
rss2
code
mobile
W3C