logo ms new

Bahagian Pengurusan - Unit Khidmat Pengurusan

 

Fungsi Unit

Unit Khidmat Pengurusan bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran pejabat dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua bahagian di JKNS. Fungsi unit adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan urusan pentadbiran am pejabat
  • Mengurus kontrak penyewaan dan perkhidmatan pejabat di JKNS
  • Mengurus penyewaan ruang pejabat
  • Mengurus penggunaan dan penyenggaraan kenderaan jabatan
  • Menjadi Pegawai Perhubungan Awam dan Penyelaras Aduan di JKNS
  •  Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan majlis-majlis di peringkat Bahagian Pengurusan dan Jabatan
  • Memantau dan mengurus Sistem Kehadiran Biometrik Jabatan dan menyediakan laporan kehadiran kakitangan di Ibu Pejabat JKNS
  • Mengurus permohonan rumah kuartes bagi JKNS
  • Mengendali Sistem e-Fail dan e-Surat peringkat JKNS
  • Memantau pengurusan keselamatan pejabat dan urusan lantikan Pegawai Pengelas mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi peringkat Jabatan.
  • Mengurus permohonan bagi rombongan Haji bagi Anggota Perubatan Malaysia ke Arab Saudi (Musim Haji) dari semua PTJ
  • Mengurus Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan Pengurusan ISO bagi Bahagian Pengurusan
  • Menyelaras soalan-soalan dari Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bahagian Pengurusan
  •  Menyelaras Piagam Pelanggan Jabatan; dan
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan), JKNS

 

 

  • Tarikh Kemas kini: 18 April 2024.

Jumlah Pengunjung:

14472022

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA