Bahagian Pengurusan

Halaman


Pengenalan

Bahagian Pengurusan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan dan memantapkan sistem penyampaian sedia ada serta menyokong pelaksanaan program bahagian-bahagian lain. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan dipertanggungjawabkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

Bahagian Pengurusan menjadi tulang belakang kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor terutama dalam pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan pembangunan jabatan. Di samping itu, bahagian pengurusan juga memainkan peranan penting untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan mencapai piawaian yang ditetapkan.
 

Tanggungjawab Bahagian Pengurusan

Bahagian Pengurusan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang padu kepada:

  • Bahagian-bahagian lain di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
  • Memantau dan menyelaras hal-hal pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ2)
  • Bertindak sebagai perantara di antara PTJ dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 


Objektif

Objektif Bahagian ini adalah untuk :-

  • Memberi sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan kemudahan fizikal bagi penyediaan perkhidmatan perubatan, kesihatan awam, pergigian dan farmasi di negeri.
  • Menyokong perancangan dan pembangunan kemudahan fizikal dalam penyampaian perkhidmatan.
  • Memberi sokongan teknikal dalam penggunaan teknologi maklumat serta pembangunannya bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan.



Unit-Unit

Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merangkumi tujuh (7) unit yang menjalankan aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing

 

style1
style2
style3
style4

facebook
twitter
rss
code
W3C