Cina
Tamil

style1
style2
style3
style4
teks biru
teks hijau
teks hitam
teks merah
decrease reset increase
facebook
tweet
youtube
rss2
code
mobile
W3C
  • Kemaskini Terakhir: 24 Oktober 2014.

Soalan Lazim

Halaman

 

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

1) Bagaimana untuk memohon sijil eksport (Sijil Kesihatan / Sijil Penjualan Bebas) untuk produk makanan dan minuman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia?

Sijil eksport boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas. Bagi pengeluaran sijil kesihatan, pihak syarikat perlu memohon di Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan premis kerana ia akan melibatkan pemeriksaan premis dan persampelan. Tempoh pengeluaran Sijil Kesihatan bagi premis yang telah mendapat Sijil HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Point) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ialah dalam masa 3 hari bekerja, manakala premis yang tidak mempunyai sijil HACCP dari KKM akan mengambil masa selama 21 hari bekerja.

Manakala untuk memohon Sijil Penjualan Bebas, pemohon yang berada di Selangor boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Tempoh pengeluaran Sijil Penjualan Bebas bagi permohonan yang lengkap adalah dalam masa 3 hari bekerja.

>PERMOHONAN SIJIL PENJUALAN BEBAS<

2) Bagaimana caranya untuk mengimport produk makanan dan minuman?

>PROSEDUR RINGKAS PENGIMPORTAN MAKANAN DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA<

3) Bagaimana untuk memohon perakuan dan sokongan lesen punca air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi?

Premis yang berada di Selangor boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

>CARTA ALIR DAN PERMOHONAN PERAKUAN DAN SOKONGAN LESEN PUNCA AIR MINUMAN BERBUNGKUS DAN AIR MINERAL SEMULAJADI OLEH JABATAN KESIHATAN NEGERI<

4) Bagaimana caranya untuk memohon lesen kilang ais?

Bagi memohon lesen kilang ais, pihak syarikat perlu memohon kepada Pejabat Kesihatan Daerah di mana kilang terletak.

>GARIS PANDUAN DAN PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN<

5) Bagaimana caranya untuk industri makanan mendapatkan khidmat nasihat pelabelan?

Bagi mendapatkan khidmat nasihat pelabelan secara rasmi dan bertulis, sila hubungi pihak ibu pejabat (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Putrajaya).

>PERMOHONAN BAGI KHIDMAT NASIHAT PERLABELAN MAKANAN<

6) Di mana boleh saya dapatkan perundangan yang berkaitan dengan penyediaan makanan dan minuman?

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perundangan terbaru dan pindaannya, sila layari Laman Web Rasmi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan , Putrajaya (ibupejabat) iaitu (di kategori perundangan). Di sini, tuan/puan boleh memuat turun dan mencetak undang-undang yang diperlukan. Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membeli buku undang-undang ini di kedai buku yang berhampiran.
Untuk makluman, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 merupakan undang-undang terbaru yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan akan mula dikuatkuasakan secara berperingkat pada 1 Mac 2010. Manakala penguatkuasaan sepenuhnya ialah pada 1 Januari 2014. Peraturan terbaru ini adalah mengenai keperluan kebersihan premis, pengendali makanan dan penyediaan makanan dan minuman secara keseluruhannya.

7) Bagaimana caranya untuk saya mendaftar premis makanan / minuman dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Untuk mendaftar premis, pihak syarikat digalakkan mendaftar secara online di laman web FOSIM . Sekiranya memerlukan bantuan untuk mendaftar premis, sila datang ke Pejabat Kesihatan Dareah yang berdekatan dengan premis tuan/puan.

 

4858259
Anda di: