PENUTUPAN KAUNTER URUSAN LESEN


PENUTUPAN KAUNTER URUSAN LESEN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI


Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 14 Oktober 2020, adalah dimaklumkan bahawa mulai 2 November 2020 kaunter lesen di Bahagian ini akan ditutup sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Permohonan baharu atau pembaharuan lesen/ permit melalui Sistem My.PharmaC masih beroperasi seperti biasa.
Pemeriksaan premis baharu dan temuduga (pemohon lesen racun jenis B) akan dijalankan secara atas talian/ panggilan video.
Lesen/ permit yang telah siap dicetak akan dihantar melalui pos berdaftar.

Walaubagaimanapun, sebarang penghantaran lesen untuk pembatalan atau pengambilan lesen yang siap dicetak (atas permintaan sahaja) akan dilaksanakan secara temujanji di Kaunter Khidmat Pelanggan Sementara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di ruang lobi Wisma Sunway.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan di talian 03-51237333.
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
4 November 2020

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9321565

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 25 November 2020

 

Totop Scroller