LARANGAN PENGGUNAAN 6 ANTIBIOTIK

PEMBERITAHUAN LARANGAN PENGGUNAAN ENAM (6) ANTIBIOTIK DI DALAM MAKANAN HAIWAN

Untuk makluman, Lembaga Makanan Haiwan (LMH) melalui mesyuaratnya pada 2 November 2019 telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan enam (6) antibiotik di dalam makanan haiwan bagi tujuan penggalak tumberasan (Antibiotic Growth Promoters, AGP) dan pencegahan penyakit (prophylaxis) kepada semua haiwan penghasil makanan (food producing animals) iaitu;

   i.          Erythromycin                              ii.         Enrofloxacin

   iii.        Ceftiofur                                      iv.        Tetracycline

   v.         Tylosin                                        vi.        Fosfomycin

Sehubungan dengan itu, enam antibiotik tersebut tidak boleh disenaraikan sebagai Racun untuk dicampur ke dalam makanan haiwan di dalam Lesen Jenis B. Arahan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS di talian 03-51237333. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9321550

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 25 November 2020

 

Totop Scroller