Permohonan Baharu Lesen Racun

PEMAKLUMAN BERKAITAN PERMOHONAN BAHARU LESEN RACUN
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

1. Permohonan baharu lesen racun perlu dikemukakan dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen sokongan dalam sistem My.Pharma-C.

2. Pemeriksaan premis baharu dipertimbangkan untuk dijalankan melalui panggilan video (video call) di antara pemohon dan pegawai pemeriksa.

3. Pemohon juga perlu mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan premis dan rekod-rekod berkaitan kepada pegawai pemeriksa melalui emel.

4. Pegawai pemeriksa akan menyediakan laporan pemeriksaan berpandukan panggilan video (video call) dan gambar yang dikemukakan untuk penilaian lanjut.

5. Permohonan akan diproses untuk cadangan dan kelulusan.

6. Lesen yang telah diluluskan akan dihantar melalui pos berdaftar kepada pemohon.

7. Kelulusan yang diberikan adalah bersyarat dan pemeriksaan premis secara fizikal akan dijalankan selepas tamat tempoh PKP.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8682384

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 05 Jun 2020

 

Totop Scroller