Pembaharuan Permit Bahan Psikotropik

PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMBAHARUAN PERMIT BAHAN PSIKOTROPIK (METHADONE & BUPRENORPHINE) DAN PERMIT BAHAN PSIKOTROPIK (INDUSTRI)
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

1. Permohonan pembaharuan Permit Bahan Psikotropik boleh dihantar bermula bulan April sehingga 30 Jun 2020.

2. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dalam sistem myspikes dan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap berserta wang pos / kiriman wang / bank deraf atas nama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor kepada bahagian ini melalui pos berdaftar sahaja ke alamat Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 10, No.1, Wisma Sunway, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

3. Permit yang telah diluluskan akan dihantar melalui pos berdaftar kepada pemohon.

4. Kelulusan yang diberikan adalah bersyarat dan pemeriksaan premis rutin akan dijalankan selepas tamat tempoh PKP bagi premis yang belum diperiksa pada tahun 2020.

 

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8682427

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 05 Jun 2020

 

Totop Scroller