Lesen Racun / Permit

 

PENGHANTARAN LESEN RACUN / PERMIT MELALUI POS BERDAFTAR 

Untuk makluman pihak tuan / puan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan terdapat peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 di kalangan warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang giat mengambil tindakan meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi penularan wabak tersebut.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah mempertimbangkan untuk menghantar lesen racun / permit yang telah diluluskan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor melalui pos berdaftar sehingga satu tempoh yang ditetapkan sahaja. Ini adalah bagi mengurangkan kehadiran orang awam ke Bahagian ini yang juga merupakan salah satu langkah pencegahan bagi penularan wabak COVID-19.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan di talian 03-51237333.
Segala kerjasama dan perhatian tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8682362

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 05 Jun 2020

 

Totop Scroller